Ahad, 21 Jun 2009

yaesu FT7800r

Alhamdulillah setelah sekian lama pemergian rig kesayangan ku icom 2200h, kini aku hanya mampu tersenyum setelah rig yang aku impikan selama ini telah berjaya aku miliki, yaesu FT7800r.

21 jun 2009 awal-awal pagi lagi aku dah bangun mempersiapkan diri. Jam 8.30 aku terus gerak ke Shah Alam. Tepat jam 9.15 aku dh sampai ditempat pertemuan antara aku dan Dato Leck. Lokasi kejadian adalah di kawasan tempat letak kereta Tesco Extra Shah Alam. Tak lama aku disitu, Dato Leck pun tiba dengan Toyota Harrier nya.

Selesai saja urusniaga aku terus balik rumah. Tak lama aku berborak dgn Dato Leck sebab dia pun ada janji dgn rakanya untuk main golf dan aku akan teruskan dengan program aku..apa lagi kalau bukan proses pemasangan rig.

Sampai aje di rumah aku disambut dengan senyuman isteri ku...yang tak pernah membantah hobiku ini walaupun rig ni hampir mencecah ribuan ringgit, bagi orang lain mungkin melihat hobi ini satu pembaziran tp bagi seorang pengendali radio (Ham radio) kepusanya mengatasi segala-galanya..

Pemasangan bermula sekitar jam 11.00 pagi, jiran-jiran mula menegur bila bonet kereta aku dibuka, banyak pertanyaan dilontarkan...serba salah untuk aku menjawab...kadang-kadang org lain tidak tahu apa itu radio amatur...bagi memastikan tiada lagi soalan lain diterima aku hanya menjawab "saje belek2" jawapan yang ringkas dan mudah. Tanpa membuang masa aku teruskan dengan kerja ku...selesai pemasangan sekitar jam 12.45 tgh hari. terus aku kemaskan wayar2 dan segala peralatan yang digunakan...pemancara masih lagi belum dilakukan kerana rig ni masih belum di setting...

sekian terima kasih...

karangan bahasa melayu kelas 3 hijau...

Tiada ulasan: