Isnin, 23 Ogos 2010

Hadiah di hari lahir

Lagi 9 hari 31 Ogos 2010, maka tarikh itu genaplah umur aku 29 tahun, tahun terakhir untuk era 20-an dan tahun depan mula lah masuk era baru. Dah makin sedikit umur aku, mudah-mudahan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Nya supaya aku dapat terus menjadi hamba Nya yang terbaik.

Walaupun lagi seminggu tarikh hari ulangtahun, tapi aku dah terima hadiah dari orang rumah, Huh...!!! mimpi apa pulak la tahun ni dia bagi hadiah awal-awal, selalunya saat-sat akhir baru dapat, itu pun kalau bernasib baik la, pernah juga tak dapat apa langsung, tapi bila dah jadi remaja veteran ni bukan dikisahkan sangat hadiah tu cuma kalau ada tu sebagai pelengkap menyambut hari lahir je...

Dalam perjalanan balik dari kerja orang rumah bersuara "hadiah abang ada dalam bonet" fullamak...!!! besar sangat ke hadiah tu sampai tak boleh simpan dalam beg. Punyalah ghairah aku nak tau hadiah apa walaupun di bulan puasa ni keghairahan aku sedikit menurun sampai je rumah terus buka bonet...

Alamak...lain dari yang lain betul la hadiah hari jadi aku tahun ni...sebuah mesin rumput berkuasa elektirk...

ni semua gara-gara rumput karpet depan rumah dah mula panjang silap aku jugak buat cadangan penanaman rumput karpet kalau dulu aku buat cadangan hanya bentangkan karpet dari udani karpet dah sah-sah free maintenance. Tak pe nanti birthday dia aku bagi mesin pengadun kek pulak sebagai pembalasan ...

Untuk informasi hujung minggu tadi dah trim rumput karpet menggunakan mesin ni...ok la untuk kegunaan memotong rumput untuk tanah yang sekangkang kera...

1 ulasan:

aku berkata...

ha..ha.. ada makna tue bgi mesin rumput.. lepas nie boleh cari makan ambik upah potong rumput. ha..ha..