Selasa, 4 Mei 2010

Suatu petang yang sadis...

Hujung minggu macam biasa rutin mingguan aku adalah basuh kereta... selesai saja mencuci kereta terus aku melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu bagi mengering peluh di badan. Di ruang tamu isteri ku sedang menonton televisyen manakala anak aku sedang mewarnakan buku warnanya...."Bang esok ibu bawa kereta ekk nak g melawat" isteri ku mula bersuara, aku hanya mampu tersenyum dikala peluh di badan masih kebasahan, "emmm...bawa je lah" jawapan ringkas ku.

Keesokan paginya macam biasa aku bangun seawal 5.30 pagi walaupun isteriku masih belum bangun. Selesai saja aku mandi tanpa niat kerana tiada sebarang perkara berlaku semalam terus aku ironkan baju kerja (seluar kerja dah lama aku tak mengamalkan iron-iron ni sebab seluar slack kedutnya memang kurang he..he..)

Selepas mengenakan pakaian dan bersolat aku terus panaskan enjin moto dan terus bergerak ke tempat saltmine seawal 6.15 pagi, ini lah kelebihan aku bawa moto kapcai dapat keluar awal kalau bersama isteri jangan harap la nak dapat macam ni, menunggu dia meka up...

4.30 Petang jam punch kad dah menghalau aku balik ini la saat paling best di tempat saltmine aku...tiada lagu yang seindah lagu punch kad...Bila sampai di rumah, anak ku dah melambai-lambai tangan dari rumah jiran sebelah merangkap pengasuh anak aku...tak lama kemudian isteri ku pun sampai...haziq anak ku telah bukakan pintu pagar untuk ibunya. Enjin dimatikan dan isteriku mula bersuara..."Abang ibu minta maaf ekkk...tapi abang jangan marah tau..." aku mula dah tak sedap hati. Rupanya kegembiraan aku mendengar lagu punch kad tak lama, isteriku tunjuk tempat dia langgar tiang garaj kereta di tempat saltmine nya...Aduhhhh.... remuk hatiku, sedih bercampur kecewa dalam perasaan ku..tapi nak buat macam mana benda dah nak jadi aku terima la qada dan qadar buat diri ku...







Tiada ulasan: