Lebih 5 bulan aku tak update blog ni...dah penuh dengan habuk-habuk yang melekat. Bila sindrom malas melanda ini la jadinya. Baru-baru ni sempat la buat satu projek yang mudah untuk jalopy aku, tengok orang pakai aku pun teringin jugak la nak pakai, nafsu membuak-buak dah tak boleh nak kawal, bila masa aku nak menyimpan duit pun tak tahu.
Kerja-kerja bermula selepas balik dari tempat saltmine, langkah pertama aku tebuk bahagian papan speaker untuk masukan bolt speaker dan lubang untuk menyalurkan wayar speaker.
Selesai sahaja kerja-kerja penebukan maka pemasangan speaker pun bermula.
Setelah siap pemasangan, kerja-kerja wiring bermula di sebelah malam setelah waktu petang tak sempat nak habiskan. Proses mengeluarkan wayar lampu belakang dari soket untuk tapkan wayar lampu speaker.Bila test wiring speaker berfungsi dengan cemerlang dan masalah mula timbul pada lampu satu unit speaker yang tak menyala terpaksalah buka semula aduh...penatnya, bila ditekan-tekan pada bulb lampu barulah menyala aku tak pasti punca sebenar masalah tersebut.
Kerja-kerja memperkemaskan wiring terpaksa ditangguh keesokan harinya kerana jam telah menunjukan 10 malam...kang ada pulak yang menegur aku memalam cenggini...tido time pun tak dapat nak lelapkan mata memikirkan kerja belum selesai...rasa macam nak tido dalam kereta je...hehehe...
Hari kedua...
Mcm biasa lepas balik dari saltmine parking kereta bontot kebelakang supaya jiran-jiran tak tahu secret project aku hehehehe...hari ni target aku nak memperkemaskan wiring yang aku buat semalam, dan bila kerja-kerja telah siap ini la hasilnya...
Terpaksalah aku mengorbankan stiker callsign aku untuk memberi laluan kepada spekaer baru aku...hik..hik..hik...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan