Isnin, 5 September 2011

DIY : Pasang Bracket Antena

Semalam sempat aku mengisi masa lapang dengan membuat pemasangan bracket antena radio, memandangkan sebelum nie aku hanya lekatkan bracket di body kereta, ia telah meninggalkan kesan pada cat body kereta.

Inilah kesan yang aku maksudkan bila aku cabut bracket antena untuk cat kereta baru-baru ini.


Bila diselongkar stor umah terjumpa lah 2 bracket ni jadi tak payah la aku beli bracket baru, cuma perlukan kemahiran untuk membentuk bracket mengikut kesesuaian seperti gambar di atas.


Selepas digosok tapak bracket tadi dengan menggunakan kertas pasir untuk nampak lebih kemas spray lah tapak bracket tadi dengan warna kesukaan anda.


Di sinilah tapak baru bracket antena yang akan dipasang pada belakang bonet antena sebuah wira aeroback.


Dah siap pasang tapak bracket tapi bracket belum dipasang lagi.


Buang tapak asal bracket dan pasang bracket pada tapak baru, kemudian siaplah terpasangnya bracket tanpa merosakkan cat body kereta.

Tiada ulasan: