Baru-baru ni sempat aku buat projek DIY sebelum keta aku masuk bengkel untuk membuat rawatan kulit. Semasa aku menulis ni pun dah masuk 3 hari "dia" direhatkan di bengkel. Projek yang aku lakukan ini adalah rear foglamp. Kalau di negara eropah lampu foglamp ni digunakan ketika salji turun, memandangkan di Malaysia ni salji tak turun maka ia digunakan apabila hujan turun, ini kerana cahaya lampu yang dihasilkan oleh lampu foglamp adalah sama terangnya dengan lampu brek, ini akan memberi lebih perhatian kepada pemandu belakang. Takmau nak cerita banyak kita layan gambar dulu la...
Ni lah keadaan foglamp yang baru dibeli dari seorang runner dari penang dengan harga RM250 siap pos, sebelum pasang kasi otter colour dulu dia punya frame kasi hitam kilatKemudian marking dulu tempat yang nak tebuk, dengan membuat lakaran ke atas kotak terlebih dahulu sebelum dilekatkan di bumper bagi memastikan lubang yang dihasilkan ngam dengan lampu foglamp, nanti salah tempat tebuk menyesal tak sudah pulak...
Tuuuuu..... dia bumper ku telah ditebuk tupai dengan rakusnya, habis tanggal cat-cat...tu sebab la aku bt projek ni sebelum hantar cat almaklum la dah 7 tahun aku pakai cat ni, cat pun dah mengelupas, kalau takde keta buruk macam aku ni kedai cat tak leh cari makan lak...
Proses mencari wayar lampu belakang untuk di tapkan pada lampu foglamp tersebut, malas nak pakai suis tap teruslah bukan kena bayar bil letrik pun kalau buka lama2 hehehe..
Berjaya mengeluarkan pin pada soket lampu belakang, jadi dari sinilah wayar dari lampu foglamp akan di tap kan
Kerja-kerja wiring sedang dijalankan, seelok-eloknya masa kerja ni dijalankan cabut terminal negatif pada bateri dahulu bagi mengelakkan litar pintas berlaku.
Ni gambar di bahagian belakang lampu foglamp, keadaan belakang bumper yang agak kosong memudahkan kerja-kerja pemasangan lampu dilakukan.
Alhamdulillah semua lampu berfungsi dengan baik tanpa berlaku kejadian litar pintas semasa kerja-kerja wiring dijalankan, sebab malas nak cabut terminal negatif pada bateri...paling sakit hati kalau buat kerja fius terbakar.
Ni gambar yang diambil pada waktu malam.sepatutnya akan kelihatan lampu foglamp lebih terang dari lampu belakang tapi memandangkan gambar ini diambil dalam keadaan kenderaan
membrek nampak sama terang pulak hehehe...
sekiang, jumpa lagi di lain episod lagi 4 tahun akan datang sebab malas (malas lagi) nak update blog ekekek....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan