Seperti yang dijanjikan semalam hari ni aku akan menunjukan projek DIY yang telah aku lakukan baru-baru ini...tujuan aku memasukkan projek DIY ini adalah sekadar ingin berkongsi ilmu yang aku tahu bersama para pembaca disamping menceritakan hobi yang aku lakukan di masa lapang, sebab itulah bila di hari cuti aku lebih gemar menghabiskan masa di rumah dengan melakukan aktiviti-aktiviti DIY...mood tengah rajin nak menulis layan je lah...
Untuk menanggalkan cermin dari reflector headlamp umpilkan klip yang terdapat pada headlamp tersebut menggunakan screw driver jenis rata. Untuk lampu wira terdapat 4 klip 2 diatas dan 2 dibawah...
Selepas klip ditanggalkan panaskan silikon yang terdapat di sekeliling headlamp tersebut dengan menggunakan hot air gun, dalam kes aku ni aku tak ada tool tersebut dan terpaksa mencilok hair dryer orang umah bagi menjayakan misi aku...heheheh...
Dah tanggal pun kacanya...gunakan paper lama untuk melindungi tempat yang kita tak nak spray, sila abaikan keratan akhbar yang digunakan sebab aku tak menyediakan perkhidmatan tersebut hehehe...dengan menggunakan spray cat, spray la headlamp anda dengan warna kesukaan...nak warna merah ke warna pink ke mengikut kesesuaian dan selera anda...untuk kali ini aku menggunakan kaler hitam...
Dan inilah hasilnya reflector yang telah dispray tadi...untuk proses seterusnya kaca headlamp akan dilekatkan semula, untuk melekatkan semula kaca dan reflector headlamp gunakan hot air gun atau hair dryer dengan memanaskan semula silikon tadi dan lekatkan, selepas kaca dilekatkan pasang kembali keempat-empat klip yang telah ditanggalkan tadi.
Inilah hasilnya...ulangi langkah yang sama untuk lampu yang lagi sebelah dan jangan lupa pasang semula pada kereta anda...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan