Selasa, 22 Mac 2011

Jelajah 1 Malaysia @ Hulu Langat

Dah lama rasanya tak menulis, bahan ada tapi asyik peram dalam komputer dalam kamera, kalau ikan sepat ikan puyu aku peram macam ni rasa leh jadi pekasam dah. Semalam tengah kemas-kemas folder dalam komputer aku terjumpa lah gambar Jelajah 1 Malaysia peringkat 6 laluan dari Batu Caves ke USIM, Nilai yang melalui di depan rumah aku pada 13 Mac 2011 lalu.


Paling semangat anak aku la pepagi lagi dah tanya bila basikal nak lalu ni, agar tak menghampakan harapannya nampak je RELA sedang dok berjaga-jaga depan taman aku pun ajak la dia tunggu tepi jalan, port aku pilih adalah di gerai makan redup sikit dah lah aku ni tak berapa nak putih kang nanti duduk tengah panas lagi bertambah aku punya 2k metalik.

Orang pertama yang sampai adalah pasukan keselamatan bagi memastikan konboi berjalan lancar kena ushar line dulu selamat tak selamat. sory la terpaksa ambil gambar jauh kamera tak canggih nak zoom dekat-dekat pun tak boleh dah.

Belum sampai 5 minit paking bro ni hantar report, report kat orang rumah kot kalau-kalau nak kirim beli durian langat ke kebetulan dah lalu kat sini heheheh....rekaan semata-mata.

Antara pilot-pilot yang bertugas pada hari kejadian, ramai betul pilot-pilot ni aku rasa bilangan nak dekat sama dengan peserta yang berbasikal...hehehe penting gak pilot-pilot ni untuk menjaga keselamatan peserta yang berbasikal...aset negara mesti la kena jaga elok-elok kalau macam aku ni lain la nak kena jaga keselamatan diri sendiri...

Part ni yang paling best, ada member opis cakap antena keta aku tinggi leh buat galah la leh cucuk langit lah yang paling tak tahan leh dapat channel astro, hah...!!! hampa cuba zoom sikit antena apa yang chevrolet tu pakai...tengok gambar pun dah tau komunikasi tu penting so lepas ni jangan dok kutuk-kutuk antena aku dah hehehe....


kan aku cakap dekat 1/2 jam aku jumpa pilot pertama dan pilot-pilot yang berikutnya tak jumpa lagi peserta yang berbasikal hehe meriah betul konboi ni teruja aku dengan situasi ini...


Dan akhirnya pelumba-pelumba berbasikal muncul dengan gagahnya menuju ke USIM, Nilai..


Kelompok kedua yang tiba selepas kolompok pertama....

Laluan menuruni bukit yang memberi sedikit kesenangan kepada peserta berbasikal selepas melalui zon mendaki pertama sebelum melalui zon mendaki kedua di semenyih

Kereta-kereta sokongan teknikal kepada pasukan-pasukan yang bertanding...


Rasanya cukup la sampai setakat ni cerita Jelajah 1 Malaysia @ Hulu Langat...untuk entry akan datang mungkin aku akan masukkan topik DIY aku lak...


Tiada ulasan: