Seperti keluarga-keluarga lain pagi raya selepas mandi sunat hari raya kami akan bersarapan bersama sebelum ke masjid. Tiba di masjid orang ramai telah memenuhi dewan solat. Setelah selesai solat sunat sesi pengambaran dan bermaaf-maafan bersama keluarga telah bermula.
Indah sungguh sepanjang cuti perayaan ni. Masalah-masalah di opis soal-soal kerja semua dapat dilupakan seketika, sehinggalah pada hari ahad 27 september 2009 aku mula bertolak ke rumah untuk menjalani rutin harian. Perasaan malas untuk kerja esok mula menyelubungi jiwa...
1 ulasan:
amik gambar tu dekat2 ler sikit.....baru nampak mesra...aha..aha....
Catat Ulasan